RM10 juta baiki runtuhan cerun Simpang Pulai-Cameron Highlands - Utusan Malaysia

RM10 juta baiki runtuhan cerun Simpang Pulai-Cameron Highlands

KEADAAN runtuhan cerun di KM 43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi kerja-kerja membaiki cerun yang runtuh di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands semalam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Cawangan Kejuruteraan Cerun, KKR telah memberikan taklimat semasa mesyuarat ‘pra kabinet’ mengenai kejadian tersebut.

Katanya, tindakan juga perlu dilakukan bagi membina laluan sementara memandangkan masih terdapat pergerakan tanah yang menyebabkan laluan tersebut tidak boleh dibuka kepada pengguna jalan raya.

“Laluan sementara atau ‘alih arah’ perlu dibina bagi memastikan laluan ke Cameron Highlands tidak terputus kerana akan menjejaskan pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui selepas penutupan rasmi program Pengamalan Sakinah Daerah Pontian di Nurjannah Camp & Eco Resort, Pekan Nanas, disini, hari ini.

Sebelum itu media melaporkan laluan di Kilometer 43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam berikutan insiden runtuhan cerun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya