Ringgit mengukuh tapi harga bahan binaan tetap mahal

Ringgit mengukuh tapi harga bahan binaan tetap mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barang binaan tidak turun sebaliknya terus meningkat walaupun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana pemain industri akan memberi pelbagai alasan.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, peningkatan barang tersebut ketika ini didakwa dipengaruhi oleh pengapungan harga diesel.

Menurut beliau, antara barang-barang yang sedang naik seperti simen, besi, batu bata, konkrit dan pasir yang mana bahan asas untuk pembinaan.

Sebagai contoh, satu unit simen naik kepada RM24 daripada RM22 sebelumnya, dan jika pemaju membeli satu palet yang mengandungi 40 unit simen, mereka menanggung harga RM960.

“Dalam pada itu, besi jenis BRC A10 meningkat RM55 seunit daripada RM48, manakala satu bata pasir yang mengandungi 600 unit naik kepada RM210 daripada RM180.

“Sektor yang menjual barang binaan itu memberi alasan terpaksa terus menaikkan harga jualan kerana menampung kos pengangkutan terhadap bahan mentah tersebut,” katanya.

Jelas beliau, peningkatan kos bahan binaan termasuk sewa jentera dan kren naik 30 peratus iaitu jika dulu sewa jentera dalam sehari dibayar RM400 kini didapati naik sehingga RM800.

Katanya, bagi mengawal harga barang binaan daripada terus meningkat kerajaan perlu campur tangan dengan menetapkan segera harga siling terhadap bahan binaan.

“Pada masa sama, pihak berkuasa perlu menyiasat terhadap pihak industri atau pembekal menyatakan alasan untuk menaikkan harga bahan mentah binaan ekoran kenaikan harga diesel.

“Ini kerana, harga yang dikenal pasti bagi bahan tersebut dilihat tidak munasabah dengan kos logistik yang disebabkan harga diesel,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya