Rezeki Orang Asli ‘melimpah’ musim buah-buahan

Rezeki Orang Asli ‘melimpah’ musim buah-buahan

Mohammad Firdaus Asing menunjukkan buah dokong untuk dipasarkan kepada pemborong di Kampung Batu Balai, Jerantut baru-baru ini. – HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Musim buah-buahan memberikan pulangan lumayan kepada pemuda Orang Asli etnik Semaq Beri, Mohammad Firdaus Asing, 21, sebagai pemetik buah-buahan untuk dijual dan menyara keluarga di Kampung Paya Petai dekat sini.

Mohammad Firdaus berkata, sebelum musim buah-buahan dia membuat pelbagai pekerjaan seperti mengambil upah memotong dan meracun rumput-rampai, bekerja di hutan sehinggalah beralih kerja mengambil upah memanjat pokok dan menjual buah-buahan.

“Musim buah-buahan paling seronok bagi saya dan rakan kerana dapat mengambil upah memanjat dan menurun buah-buahan seperti rambutan, dokong, langsat, duku, pulasan, manggis dan sebagainya.

“Sejak kebelakangan ini, dengan sedikit modal saya bersama rakan menjadi peraih buah-buahan daripada pemilik dusun di daerah ini untuk dipasarkan kepada pemborong luar,” katanya di Kampung Batu Balai dekat sini.

Menurut Mohammad Firdaus, buah dokong, duku dan rambai yang lebat di penghujung musim memberikan peluang mereka mengaut pendapatan lumayan sebagai persediaan menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi kerana tidak dapat dapat keluar bekerja.

“Sejak dua bulan ini, buah dokong dan buah langsat lebat di Kampung Batu Balai, Kampung Damak dan Kampung Baharu antara paling banyak dusun termasuk durian premium kampung memberikan peluang saya dan rakan membeli buah berkenaan daripada pekebun untuk dijual kepada orang luar

“Tugas memanjat dan menurunkan buah dokong saya lakukan bersama tiga orang rakan lagi dan kemudiannya diambil oleh pemborong untuk dipasarkan ke Temerloh, Kuantan dan Lembah Klang,” katanya.

Dia berkata, harga buah dokong dan buah langsat yang dibeli daripada pemilik dusun kurang RM2 sekilogram iaitu ditolak murah kerana dia perlu memanjat dan menurunkan sendiri buah-buahan itu.

Mohammad Firdaus berkata, kebetulan buah dokong yang sangat lebat di kampung tersebut penghujung musim ini memberikan peluang mereka memperoleh antara 800 hingga 1,000 kilogram sehari dan dibawa keluar untuk pemborong yang sedia menunggu di pekan Batu Balai.

“Pendapatan bersih kami masing-masing antara RM150 hingga RM200 sehari dan bolehlah untuk dijadikan modal membeli buah yang sama di tempat lain dan selebihnya untuk belanja barang keperluan dapur bagi keluarga di rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya