Restoran mamak bersih periuk guna penyapu di Kuala Lipis diarah tutup 14 hari - Utusan Malaysia

Restoran mamak bersih periuk guna penyapu di Kuala Lipis diarah tutup 14 hari

KAKITANGAN Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan bahagian penyimpanan makanan di sebuah restoran di Bandar Baru Kuala Lipis di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sebuah restoran mamak di Bandar Baru Kuala Lipis di sini yang tular selepas pekerjanya dipercayai membersihkan periuk menggunakan penyapu diarah tutup 14 hari.

Difahamkan, arahan penutupan bermula semalam itu dikeluarkan selepas pihak Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan susulan aduan orang ramai.

Selain itu pihak kementerian turut membuat pemeriksaan di bahagian penyimpanan makanan di restoran terbabit.

Sebelum ini, tular rakaman di media sosial memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan di sini didakwa membersihkan periuk menggunakan penyapu.

Klip video berdurasi dua saat itu yang dimuat naik di laman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis pada Sabtu lepas menerima kritikan dan kecaman netizen.

Dalam klip itu, lelaki terbabit sedang mencuci periuk di belakang premis dipercayai terletak di Bandar Baru Kuala Lipis.

Rata-rata netizen meminta siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi keselamatan dan kesihatan pengguna di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN