Remaja putus cinta cuba terjun jambatan kali kedua

Remaja putus cinta cuba terjun jambatan kali kedua

ANGGOTA bomba menenangkan seorang remaja selepas diselamatkan daripada cubaan terjun dari Jambatan Tendong, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dipercayai mengalami tekanan pe­ra­saan akibat putus cinta se­kali lagi melakukan cubaan untuk terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong di sini.

Remaja berusia 18 tahun itu sebelum ini sempat diselamatkan oleh pemandu lori yang melalui jambatan tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi pada 25 September lalu.

Remaja tersebut dipercayai tertekan selepas kekasihnya tidak membalas mesej menerusi WhatsApp selepas dia mahu mengikat tali pertuna­ngan dengan wanita tersebut.

Difahamkan, hubungan cin­ta mangsa dengan wanita tersebut kembali bertaut selepas kejadian remaja itu cuba untuk terjun dari jambatan pada bulan lalu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Azhar Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.49 tengah kelmarin sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, anggota bomba mendapati ada satu kes cubaan untuk terjun, namun remaja terbabit sudah diselamatkan orang awam selepas dia berada dalam keadaan mencurigakan di atas Jamba­tan Tendong.

“Kita ambil masa 30 minit untuk pujuk mangsa selain menasihatinya agar tidak me­ngulangi perbuatan tersebut selepas ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya