KATHMANDU: Seorang remaja Nepal memecahkan rekod dunia sebagai pendaki gunung termuda yang berjaya menawan 14 puncak tertinggi di dunia. Nima Rinji Sherpa, 18, berjaya sampai ke puncak Gunung Shishapangma di Tibet, pada Rabu lalu. Dengan pencapaian ini, beliau adalah antara individu yang mendaki semua ‘eight-thousanders’, 14 gunung yang diiktiraf oleh Persekutuan Pendakian Gunung dan Pendakian Antarabangsa (UIAA) sebagai lebih 8,000 meter dari aras laut. Nima Rimji, yang mula mendaki gunung beraltitud tinggi sejak usia 16 tahun, menamatkan pendakian kesemua ‘eight-thousanders’ dalam masa 740 hari. Beliau menawan puncak Gunung Manaslu di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya