Rapid Rail lancar buku panduan pengguna pertama Malaysia - Utusan Malaysia

Rapid Rail lancar buku panduan pengguna pertama Malaysia

Majlis Pelancaran Buku Panduan Penggunaan Perkhidmatan Rel Pertama di Malaysia oleh Rapid Rail disempurnakan oleh Amir Hamdan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd (baju biru) dan Ahmad Radhi Maarof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan),Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menjadi operator rel pertama di Malaysia melancarkan Buku Panduan Penggunaan Perkhidmatan Rel Rapid KL sebagai sumber rujukan pengguna rel.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. Amir Hamdan berkata, inisiatif bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu dilakukan bagi memudahkan pemahaman konsep keselamatan dan prosedur tatacara penggunaan pengangkutan awam.

“Kami yakin bahawa dengan kaedah ini, kandungan serta maklumat yang ingin disampaikan akan menjadi lebih efektif dan bermakna bagi semua pengguna.

“Orang ramai boleh mendapatkan buku panduan ini di laman sesawang Rapid KL di http://www.myrapid.com.my,” katanya ketika melancarkan buku panduan, di Kuala Lumpur, disini, hari ini.

Pada majlis yang sama, beliau turut melepaskan para peserta pada acara HSE ExploRail 2024 yang diadakan sempena sambutan bulan Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti, Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari.

Acara yang dilaksanakan dalam bentuk permainan interaktif dan cabaran bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman kakitangan rel terhadap Polisi dan Prosedur berkenaan Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya