TELUK INTAN: Penduduk Batak Rabit di sini sedia berpindah berikutan ramalan fenomena air pasang besar lebih tinggi bulan ini selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Oktober ini. Ketua Kampung Batak Rabit, Shuhaila Ahmad Jamlos, 47, berkata, walaupun penduduk kampung itu sudah biasa dengan air pasang tetapi ramalan air pasang besar lebih tinggi membimbangkan mereka. Menurutnya, apatah lagi kampung itu dan beberapa kawasan lain di Teluk Intan dilanda air pasang besar baru-baru ini yang menyebabkan air masuk ke rumah penduduk selain benteng penahan air dan hakisan di kampung itu mengalami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya