Rakyat Malaysia perlu bantu pemulihan anak-anak GISBH-Awan

Rakyat Malaysia perlu bantu pemulihan anak-anak GISBH-Awan

DR. Hafidzah Mustakim (kanan) beramah mesra dengan barisan pemain Pasukan Bola Sepak Wanita Kelantan FA pada majlis memperkenalkan pemain dan jersi rasmi pasukan itu di sebuah pasaraya di Kota Bharu, Kelantan semalam - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Wanita Parti Amanah Malaysia (Awan) mahu seluruh rakyat di negara ini membantu dengan memberikan sokongan kepada 402 kanak-kanak yang diselamatkan daripada menjadi mangsa keganasan, eksploitasi dan pemerdagangan manusia oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd Holdings (GISBH).

Naib Ketuanya, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, pemulihan dari segi akidah dan keagamaan perlu turut diberi perhatian
supaya anak-anak itu kembali ke landasan Islam sebenarnya.

“Alhamdulillah, setakat ini mereka ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak.

“Namun, selepas ini perlu kenal pasti apa yang mereka (kanak-kanak) lalui dan semua agensi terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu bersama-sama membantu memulihkan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pengenalan Pemain dan Jersi Pasukan Bola Sepak Wanita Kelantan FA, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama memberitahu, pada masa sama pemulihan itu perlu dilaksanakan dengan penuh kasih sayang.

Katanya, pendekatan kasih sayang sangat penting terutama melibatkan kanak-kanak yang ditempatkan di pusat asuhan GISBH tanpa sempat mengenal ibu dan bapa mereka.

“Daripada laporan berita dan kes-kes yang tular kita tahu sebahagian kanak-kanak lahir dan membesar dalam keadaan begitu. Bayangkan membesar tanpa sempat kenal ibu dan ayah, tanpa kasih sayang keluarga, diabaikan, malah tidak menerima pendidikan sempurna.

“Jadi saya menjangkakan usaha pemulihan mereka memerlukan pendekatan yang holistik dan penuh kasih sayang untuk memastikan mereka boleh kembali ke pangkal jalan,” ujarnya.

Hafidzah berkata, mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kesemua yang ditahan berkaitan GISBH dan memberikan hukuman setimpal jika disabitkan kesalahan.

“Jika benar terdapat pelanggaran undang-undang, maka saya mendesak kerajaan untuk memastikan setiap yang bersalah diadili dan jika sabit kesalahan, mereka mesti dikenakan hukuman setimpal.

“Kerajaan perlu tegas supaya perkara sebegini tidak berulang dan tidak terus berlaku dalam negara kita yang bebas, aman dan merdeka ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya