Proses dadah jadi mufin, biskut - Utusan Malaysia

Proses dadah jadi mufin, biskut

RAUB Selamat (dua dari kanan) menunjukkan pokok ganja yang dirampasdaripada sindiket pengedaran dadah di sekitar bandar raya Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri iji membongkar modus operandi baharu yang digunakan sindiket pengedaran dadah dengan memproses ganja menjadi kek mufin dan biskut sebelum dijual dalam pasaran.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, modus operandi itu dibongkar selepas pihaknya menahan lima individu termasuk pasangan kekasih di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

“Serbuan terhadap sindiket tersebut dibuat di tiga lokasi berasingan, iaitu di Majidee dan Danga Bay. Kita menemukan bukan sahaja dadah, malah ganja yang telah diproses menjadi biskut dan kek muffin.

“Kami percaya sindiket ini sedang melakukan ujikaji untuk mencari kaedah baharu bagi mengaburi pihak berkuasa. Sekiranya ujikaji itu berjaya produk berkenaan mungkin akan dijual dalam pasaran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Raub berkata, serbuan terhadap ahli sindiket berusia antara 26 hingga 35 tahun yang baharu beroperasi sejak bulan lalu itu turut menemukan sebatang pokok ganja berusia kira-kira dua bulan setinggi 140 sentimeter.

“Daripada kesemua serbuan itu, kita merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM102,150. Jika dibiarkan dalam pasaran ia boleh digunakan oleh 28,252 penagih.

“Selain itu, turut menyita tiga buah kenderaan, sebuah motosikal, dua buah basikal, tiga utas rantai, tiga pasang subang, tujuh subang hidung dan wang tunai. Keseluruhan nilai rampasan dadah dan barangan adalah RM326,150,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya