'Prank' minggu orientasi bukan contoh yang baik - Utusan Malaysia

‘Prank’ minggu orientasi bukan contoh yang baik

DR. Mohd. Na'im bersalaman dengan pelajar baharu pada Majlis Lonjakan Kuantum dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 USIM, Nilai, Seremban malam tadi.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pelajar baharu di universiti harus didedahkan dengan contoh dan nilai baik daripada pelajar senior supaya mereka boleh menghayati nilai dan objektif penubuhan sesebuah universiti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berpandangan lagi, untuk tujuan itu, pelajar senior yang merupakan fasilitator (minggu orientasi) perlu berperanan menerapkan nilai yang baik tersebut.

Jelasnya, ia bukan hanya melahirkan pelajar yang berjaya bidang akademik tetapi juga yang mempunyai nilai akhlak dan budi pekerti yang baik. 

“Dengan nilai itu, pelajar senior juga dapat membantu pihak universiti dalam memastikan pelajar-pelajar baharu ini dapat memahami dan dididik dengan hasrat dan tujuan institut pengajian tinggi (IPT) itu ditubuhkan. 

“Bagaimanapun, dalam isu membabitkan fasilitator yang tular baru-baru ini kerana membuat ‘prank’ ketika minggu orientasi, saya tidak anggap ia sebagai contoh yang terbaik.

“Sudah tentu mereka yang berada di universiti dan bakal jadi pemimpin masa hadapan perlu ada nilai tersebut. Mereka bergantung kepada contoh-contoh yang terbaik daripada pensyarah, daripada senior mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Lonjakan Kuantum dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Sharifudin Md Shaarani. 

Beliau mengulas video tular baru-baru ini yang memaparkan adegan seolah-seolah beberapa fasilitator di sebuah universiti awam sedang bertengkar semasa aktiviti hari orientasi namun ia hanya sekadar gurauan (prank).

 Terdahulu dalam ucapannya,  Mohd. Na’im turut menekankan untuk pelajar USIM supaya terus memperkasakan diri dengan kemahiran berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris. 

“Amat penting menguasai kedua-dua bahasa ini termasuk lain-lain kemahiran ‘soft skills’ untuk menjadikan para graduan USIM mempunyai nilai tambah apabila bersaing dalam pasaran kerja nanti,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya