Potensi kampung Orang Asli di Pos Pasik jadi destinasi pelancongan

Potensi kampung Orang Asli di Pos Pasik jadi destinasi pelancongan

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani (tengah) melawat kawasan penempatan Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Bering Lama, Pos Pasik, Gua Musang.– UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penempatan Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Bering Lama, Pos Pasik di sini berpotensi dimajukan sebagai destinasi ekopelancongan.

Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, kampung yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandar Gua Musang itu mempunyai pemandangan indah seperti gua batu kapur, sungai dan bukit-bukau yang boleh menarik kunjungan pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati keindahannya.

Menurutnya, sebelum tiba ke kawasan perkampungan itu orang ramai dapat melihat keindahan Sungai Jenera yang air­nya sangat bersih kerana belum tercemar.

“Apabila kita berada di Kampung Bering Lama, pengunjung boleh lihat gua-gua batu kapur yang menjadi latar rumah buluh tradisional Orang Asli.

“Keadaan cuaca dan udara juga nyaman dan merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi pelancong untuk menikmati sendiri keindahan alam semula jadi di Kampung Bering Lama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Azmawi berkata, DUN Nenggiri sememangnya mempunyai landskap menarik serta panorama indah yang boleh dimajukan sebagai kawasan ekopelancongan.

Katanya, lebih 50 peratus kawasan di DUN Nenggiri dilitupi hutan, bukit bukau, ladang kelapa sawit dan getah.

“Kita berharap keindahan di kawasan perkampungan DUN Nenggiri dapat dikekalkan oleh penduduk setempat kerana ia dapat memberi impak pelancongan serta menarik kedatangan pelancong dalam atau luar negara.

“Saya berharap aktiviti pelancongan di kawasan DUN Nenggiri juga dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk kampung setempat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya