Polis terima 16 laporan kibar bendera China di Menara Condong - Utusan Malaysia

Polis terima 16 laporan kibar bendera China di Menara Condong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan perarakan tular sambil mengibarkan bendera negara China di Menara Condong, Teluk Intan, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, setakat ini, tiga lelaki daripada pihak penganjur telah tampil memberi keterangan terdiri daripada pengerusi tokong berusia 57 tahun, setiausaha dan bendahari persatuan masing-masing berusia 61 dan 26 tahun.

Katanya, percakapan ketiga-tiga mereka dirakam di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Selain itu, kita turut merakam percakapan 16 warga China dan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang bertindak sebagai pengiring kumpulan berkenaan.

“Kesemua warga asing masing-masing lapan lelaki dan lapan perempuan berusia 40 hingga 61 tahun yang terlibat dalam perarakan itu mengaku telah mengibarkan bendera negara China ketika program berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan sebaik sahaja siasatan lengkap, ia akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melanggar syarat permit perhimpunan aman dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya