Polis siasat tujuh individu berkumpul di Kedutaan AS - Utusan Malaysia

Polis siasat tujuh individu berkumpul di Kedutaan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan tujuh individu yang berkumpul di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, perhimpunan dipercayai bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengecam Israel.

Katanya, himpunan itu diadakan pada 8.10 pagi itu didapati tidak mematuhi undang-undang.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Proses dokumentasi terhadap ke semua individu terbabit sudah dibuat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan tujuh individu yang menyatakan sokongan terhadap Palestin berkumpul berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, pagi semalam.

Difahamkan, kumpulan terbabit berkumpul di pintu belakang bangunan berkenaan selama kira-kira satu jam sebelum mereka ditahan polis.

Mohamad Lazim berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya