Polis siasat syarikat didakwa tipu latihan penerbangan - Utusan Malaysia

Polis siasat syarikat didakwa tipu latihan penerbangan

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan sedang menyiasat sebuah syarikat milik warga tempatan yang didakwa menyeleweng wang program latihan penerbangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana syarikat berkenaan didakwa gagal membayar wang berkenaan kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara.

Katanya, pihaknya turut menerima 10 laporan daripada pelatih yang terjejas dengan penyelewengan berkenaan dengan nilai kerugian dianggarkan RM2.4 juta.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Pegawai penyiasat sedang dalam tindakan untuk menyempurnakan beberapa arahan yang diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, seramai 50 bakal juruterbang dan keluarga di negara ini mengalami kerugian besar apabila yuran pengajian mereka didakwa diseleweng sebuah syarikat yang menyelaras latihan penerbangan di Republik Czech.

Mereka kerugian jutaan ringgit secara keseluruhannya, selain pelajar-pelajar tidak dapat menamatkan pengajian dan tidak mendapat lesen penerbangan, seperti yang sepatutnya.

Bagaimanapun segelintir keluarga pelajar didakwa tidak berpuas hati dan melahirkan kekecewaannya kerana MARA tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu.

Menurut mereka, jika organisasi sebesar MARA campur tangan, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada ibu bapa pelajar yang membiayai sendiri pengajian, untuk memperkukuh kes mereka.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya