Dua kanak-kanak terkurung dalam rumah selepas ditinggalkan ibu

Dua kanak-kanak terkurung dalam rumah selepas ditinggalkan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia enam dan setahun selepas dipercayai ditinggalkan ibu mereka tanpa penjagaan selama dua hari di sebuah kediaman di Taman Kosas, Ampang dekat sini pada Isnin lalu.

Kanak-kanak berkenaan diselamatkan selepas polis menerima aduan seorang lelaki berusia 39 tahun memaklumkan dua kanak-kanak terbabit terkurung dalam sebuah rumah kerana ibu mereka tidak pulang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, anggota polis bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu dan membawa mereka ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati ada kesan parut lama dan baharu pada tubuh kedua-dua kanak-kanak terbabit dipercayai kesan kecederaan akibat penderaan.

“Berikutan itu, kita menahan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun yang juga ibu dua kanak-kanak terbabit di Pudu, Kuala Lumpur, kelmarin.

“Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai tukang urut itu mempunyai satu rekod lampau dan kini direman tujuh hari sehingga 16 Oktober untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 berkait penderaan dan pengabaian kanak-kanak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN