Polis sedia siasat pihak intip rumah perlindungan kanak-kanak GISBH - Utusan Malaysia

Polis sedia siasat pihak intip rumah perlindungan kanak-kanak GISBH

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menyiasat dakwaan kononnya ada pihak yang mengintip rumah perlindungan yang menempatkan kanak-kanak GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau memaklumkan, kanak-kanak yang diselamatkan kini ditempatkan di beberapa rumah perlindungan termasuk di Negeri Sembilan dan Selangor.

“Nanti kita siasat, pasal ada rumah perlindungan di Negeri Sembilan dan Selangor,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mendakwa ada pihak yang cuba ‘mengintai’ rumah perlindungan dipercayai untuk mengetahui keberadaan kanak-kanak GISBH yang diselamatkan.

Menurutnya, kesemua kanak-kanak terbabit adalah selamat di bawah jagaan di rumah perlindungan berkenaan berserta kawalan keselamatan yang tinggi.

Berdasarkan sesi Penerangan Menteri mengenai isu GISBH di Dewan Rakyat baru-baru ini, seramai 560 kanak-kanak melibatkan 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM juga telah mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi melindungi kanak-kanak itu untuk tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya