Empat individu kurung anak bekas pengasas Al-Arqam dikenal pasti

Empat individu kurung anak bekas pengasas Al-Arqam dikenal pasti

ABDUL KADIR Abu Hashim (tengah), Razaruddin Husain (kiri ) dan Ribuan Husain melakukan gimik perasmian mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah di Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Polis sudah mengenal pasti nama empat individu didakwa mengurung anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ummu Atiyah Ashaari, 41, yang menjadi mangsa keganasan seorang pemimpin GISB Holding Sdn. Bhd. (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, nama individu berusia lingkungan 20 tahun ke atas itu dikenal pasti berdasarkan laporan yang dibuat serta menerusi video dalam YouTube seperti dinyatakan oleh mangsa.

Bagaimanapun katanya, siasatan masih berjalan untuk mengesan individu terbabit.

“Kalau sesetengah orang cakap kita (polis) tergesa-gesa, kita tidak tergesa-gesa dan bukan ada sesuatu terus tangkap.

“Anggapan di luar sana itu mungkin silap, siasatan dijalankan jika ada tangkapan.

“Buat masa ini kita akan mencari dan mengesan mereka untuk bagi keterangan dan jika boleh tangkap tanpa waran, kita akan dibuat untuk menyelesaikan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) siri dua 2024 di Mutiara Taman Negara Eco Resort di sini semalam.

Terdahulu, Ummu Atiyah mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan dan rogol oleh seorang pemimpin GISBH sewaktu dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemimpin kumpulan itu pada 2015.

Wanita itu mendakwa, dia menolak untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan kerana lelaki itu didakwa seorang yang tua, boroi dan menjijikan sebelum dia melarikan diri ke rumah rakannya di Jordan.

Namun, lelaki berkenaan dan pengikutnya mencarinya di Jordan dan mahu Ummu Atiyah menyerahkan diri dengan membuat kecoh.

Dakwa wanita itu, dalam keadaan terpaksa, dia menyerah diri dan diminta bersalam dengan lelaki berkenaan sebagai tanda setuju berkahwin.

Namun, Ummu Atiyah mendakwa dia menolak untuk melakukan perbuatan (berkahwin) tersebut menyebabkan dia dikurung.

Kelmarin, Ummu Atiyah selesai dibawa ke Perkampungan Maahad Sayuti dipercayai lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan di Kampung Batu Hampar Dalam, Perak.

Kehadirannya diiringi Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Taiping, Asisten Superintendan N. Suder.

Sementara itu, Razarudin juga tidak menolak kemungkinan terdapat mangsa lain menerima nasib seperti Ummu Atiyah tetapi tidak mahu tampil memberikan maklumat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya