Polis Johor lupus dadah, peralatan bernilai RM68.88 juta - Utusan Malaysia

Polis Johor lupus dadah, peralatan bernilai RM68.88 juta

M. KUMAR menunjukkan dadah dan peralatan berkaitan yang dihantar ke Negeri Sembilan untuk dilupuskan di IPK Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini melupuskan pelbagai jenis dadah serta peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM68.88 juta melibatkan 6,630 kes yang diselesaikan sejak tahun 2000 hingga 2023.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, proses pelupusan itu akan dibuat di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan oleh syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd., dengan kos RM73,000.

Menurutnya, kesemua 6,630 kes itu telah melalui proses hukuman dan rayuan, bermakna proses perundangan bagi kesemua kes ini telah selesai sepenuhnya.

“Ia mengambil masa lama dari tahun 2000 hingga 2023 kerana kita perlu tunggu sehingga peringkat rayuan terakhir, iaitu sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Polis Johor komited dan agresif dalam melaksanakan operasi berterusan bagi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu ñejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Kumar berkata, antara dadah yang dilupuskan ialah heroin seberat 53.36 kilogram (kg), kanabis (19.86 kg), ketamin (45.27 kg), methamphetamine (446.21 kg) dan daun ketum (339.12 kg).

“Kesemuanya melibatkan berat keseluruhan 989.21 kg, selain cecair dadah seberat 7,479.9 liter.

“Tahun lepas, kita telah melupuskan dadah dan peralatan berkaitan dengan nilai keseluruhan RM5.43 juta melibatkan 3,214 kes yang telah berjaya diselesaikan,” katanya sambil menegaskan bahawa proses pelupusan itu akan dikawal ketat polis pengiring bermula dari pergerakan ke lokasi sehingga tamat sepenuhnya, hari ini.

Beliau turut memberitahu, sejak 1 Januari hingga 9 Oktober lalu, seramai 19,726 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di negeri ini melibatkan rampasan bernilai RM58.35 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya