Polis dakwa dua pengikut GISBH esok - Utusan Malaysia

Polis dakwa dua pengikut GISBH esok

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertuduhan akan dibuat terhadap dua pengikut wanita Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Mahkamah Klang esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, bagi kes pertama, wanita berusia 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Atip Klang mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Akta 670).

Menurutnya, arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 17 Oktober lalu dan suspek akan didakwa pukul 9 pagi esok.

“Seorang lagi wanita berusia 54 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang esok mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

“Arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 15 Oktober lalu dan suspek akan didakwa jam 9 pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek adalah tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya