Polis buka 97 kertas siasatan sepanjang Op Global - Utusan Malaysia

Polis buka 97 kertas siasatan sepanjang Op Global

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97 kertas siasatan pelbagai jenis kesalahan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, antaranya satu kertas siasatan berkaitan jenayah terancang di bawah Seksyen 130v Kanun Keseksaan (KK) dan satu lagi di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kertas siasatan melibatkan sembilan individu telah didakwa dengan 34 pertuduhan.

“Ia melibatkan 20 pertuduhan bagi Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sembilan pertuduhan bagi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (tiga) dan masing-masing satu bagi Seksyen 354 KK dan Seksyen 506 KK.

“Empat kertas siasatan juga telah diberikan arahan tuduh oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) serta akan didakwa dalam masa terdekat.

“Dua kertas siasatan di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya