PGA tumpaskan sindiket pengedaran ganja, pil yaba

PGA tumpaskan sindiket pengedaran ganja, pil yaba

RAMPASAN dadah yang dilakukan PGA selepas menahan tiga lelaki di SJR Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 5 kilogram (kg) ketulan ganja mampat dan lebih 2,000 biji pil yaba apabila menahan tiga lelaki di sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam di sini semalam.

Kesemua lelaki itu ditahan pada pukul 11 malam menerusi penugasan rutin di Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa menjalankan tugas anggota berkenaan telah mengesan sebuah kereta jenis Ford Fiesta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu membawa kepada penemuan ketulan ganja mampat seberat 5 kg bernilai RM15,500 yang disembunyikan dalam but.

“Susulan itu, Batalion 7 PGA telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah, Alor Pasir pada pukul 4 pagi dan merampas lebih 2,000 biji pil yaba bernilai RM30,000.

“Kesemua dadah itu disorokan di kawasan luar rumah. Dalam serbuan itu, kita turut merampas sebuah kereta jenis Ford Fiesta, lima unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM600,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia antara 22 hingga 27 tahun.

Katanya, saringan awal ujian air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada tiga suspek itu dadah jenis Meth dan THC. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 15(1) dan Seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Suspek diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya