PGA bongkar taktik lelaki sorok 112,000 batang rokok seludup

PGA bongkar taktik lelaki sorok 112,000 batang rokok seludup

ROKOK seludup yang dirampas PGA semasa melalukan serbuan di sebuah stor di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan kelmarin-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar taktik seorang lelaki menyorok 112,000 batang rokok seludup selepas menyerbu sebuah stor di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 9.25 malam itu, PGA turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai sebagai pengedar rokok tersebut untuk siasatan lanjut.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Halim berkata, pihaknya turut merampas 8,800 rokok kretek yang ditemukan semasa serbuan tersebut.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan rokok itu berjumlah 133,870.

“Suspek dan semua barangan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya