Peruntukan RM83.76 juta laksana bas henti-henti Melaka

Peruntukan RM83.76 juta laksana bas henti-henti Melaka

ANTHONY Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menunjukkan isyarat bagus di hadapan bas selepas Majlis Perasmian SBST BAS.MY Melaka di Morten Walk, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM83.76 juta bagi melaksanakan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) di Melaka yang dikenali sebagai BAS.MY Melaka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, objektif utama SBST adalah menambah baik perkhidmatan bas daripada aspek kemampanan dan kebolehharapan (reliability) dengan tujuan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Menurutnya, program berkenaan bergerak baik di beberapa negeri seperti Perlis, Perak serta Terengganu dan kini diperluas ke Melaka dengan syarikat pengendali swasta ditawar secara kontrak lima tahun membabitkan peruntukan RM16.75 juta setahun.

“Pengoperasian perkhidmatan BAS.MY Melaka ini menggunakan sebanyak 51 bas yang terdiri daripada empat bas midi, 21 bas mini dan 22 bas mini lantai rendah.

“Kerajaan juga memperuntukkan empat bas elektrik akan digunakan meliputi pusat bandar Melaka dan kawasan tumpuan pelancong bersempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, selain menyokong dasar pembangunan teknologi hijau di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian SBST BAS.MY Melaka di Morten Walk di sini, semalam.

Tambah Anthony, bas mini lantai rendah diperkenalkan bagi memudahkan penumpang naik dan turun, selain mesra untuk orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, BAS.MY Melaka turut disertakan dengan ciri-ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) untuk pemantauan keselamatan penumpang.

“Tambang percuma dikhususkan untuk golongan OKU, warga emas dan pelajar sekolah melalui kad konsesi. BAS.MY Melaka turut memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai iaitu menggunakan kad debit atau kredit, prabayar atau pembayaran e-dompet. Turut ditawarkan kemudahan perjalanan tanpa had melalui langganan pas bernilai RM50 untuk tempoh satu bulan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya