Pertimbang e-wallet untuk subsidi RON95

Pertimbang e-wallet untuk subsidi RON95

KERAJAAN masih dalam perbincangan bagi melaksanakan rasionalisasi RON95. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan e-dompet atau e-wallet sebagai mekanisme baharu dalam penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

Langkah ini dilihat le­bih mampu mengurangkan risiko penyalahgunaan serta menyediakan fleksibiliti besar kepada rakyat untuk mengakses subsidi melalui platform digital yang mesra pengguna.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, penggunaan e-wallet bukan sahaja sejajar dengan perkembangan era digital tetapi mampu memastikan subsidi disalurkan dengan lebih cekap.

Menurut beliau, kerajaan boleh menggunakan pangkalan data seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerima subsidi.

“Dengan gabungan mak­lumat pendapatan dan status kewangan, penyasaran subsidi akan menjadi lebih tepat, berbanding pendekatan umum menggunakan MyKad.

“Ini penting bagi me­mastikan kerajaan menghalang golongan kaya dan warga asing daripada terus menikmati subsidi ini selain mencegah aktiviti penyeludupan ke negara jiran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Taha Mohd Omar berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan sistem pendaftaran kenderaan sebagai alternatif penyasaran subsidi RON95.

Kata beliau, subsidi boleh disasarkan terhadap kenderaan yang didaftarkan atas nama individu berpendapatan rendah atau sederhana, manakala kenderaan mewah dan yang didaftarkan kepada syarikat atau warga asing dikecualikan daripada subsidi. 

“Langkah ini memastikan subsidi hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak, sekali gus mengelakkan ketirisan subsidi yang tidak diperlukan,” katanya.

 

Selain itu, Taha berkata, antara cadangan lain ialah menggabungkan penggunaan MyKad dengan aplikasi digital. 

Jelas beliau, melalui pendekatan ini, MyKad boleh digunakan untuk mengesahkan identiti, manakala aplikasi digital atau e-wallet berperanan memantau kelayakan pengguna berdasarkan maklumat terkini mengenai pendapatan dan status kewarganegaraan. 

“Ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan, tetapi juga membolehkan kerajaan membuat pelarasan subsidi secara dinamik mengikut keperluan rakyat,” jelasnya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya