Persiapan operasi MCBA di ICQS Rantau Panjang lancar - KDN

Persiapan operasi MCBA di ICQS Rantau Panjang lancar – KDN

Saifuddin Nasution Ismail (dua kiri) menyampaikan sumbangan peralatan kepada wakil Skim Rondaan Sukarela (SRS) selepas merasmikan Santuni Madani: Program Satu Kampung MCBA di Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui persiapan untuk memulakan operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini pada 1 Januari depan berjalan lancar.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini KDN sedang melaksanakan proses pengambilalihan aset secara berperingkat. 

Menurutnya, hal ini kerana ada aset tersebut terikat dengan kontrak, sewaan serta mempunyai tempoh tertentu. 

“Jadi kita kena uruskan semua itu. Pada masa sama, MCBA akan turut menggunakan menggunakan aset dan kemudahan sedia ada di ICQS Rantau Panjang.

“MCBA adalah komponen yang menyatukan semua agensi sedia di sempadan seperti Imigresen dan sebagainya. Jadi komponen yang disatukan itu dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Santuni Madani: Program Satu Kampung MCBA di Kampung Bukit Tiu, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah MCBA, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Saifuddin Nasution memberitahu, ketika ini KDN sedang menyusun tenaga kerja untuk MCBA dengan mewujudkan 104 perjawatan awal sebagaimana yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 78 orang telah memenuhi perjawatan tersebut buat masa ini dan jumlah tersebut akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

“Kita telah membuat pembentangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Jadi selepas ini, kita akan ada 13,000 perjawatan apabila MCBA beroperasi sepenuhnya nanti,” ujarnya.

ICQS Rantau Panjang menjadi pintu masuk pertama di negara ini yang menjadi perintis kepada pelaksanaan penugasan MCBA bermula 1 Januari depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya