Perlombongan pasir tidak ganggu operasi rumah pam Kada

Perlombongan pasir tidak ganggu operasi rumah pam Kada

TUAN Saripudin Tuan Ismail (dua dari kanan) semasa meninjau tanaman betik Callina di Selising, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan menegaskan aktiviti perlombongan pasir di Sungai Kelantan bukan penyebab utama rumah pam milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kampung Kemubu, Kota Bharu di sini gagal berfungsi sekali gus menyebabkan pesawah di negeri ini tidak dapat mengusahakan padi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, masalah itu sebenarnya berpunca daripada fenomena kemarau yang melampau tahun ini.

“Untuk makluman, aktiviti perlombongan pasir dilakukan mengikut zon sebagaimana yang telah ditetapkan.

“Setakat ini aktiviti itu (perlombongan pasir) mengikut peraturan sebagaimana yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Bancian Pertanian di Ladang Betik Callina, Selising, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising memberitahu, kerajaan negeri sudah meluluskan permohonan KADA untuk membina cerucuk dan rentangan air di dalam Sungai Kelantan.

Katanya, langkah itu bagi memastikan air kepada pesawah mencukupi sekali gus membolehkan mereka mengusahakan tanaman padi.

“Kita (kerajaan negeri) dnegan KADA sudah mencapai kata sepakat pada 26 September lalu dan projek berkenaan dijangka bermula pada Februari tahun hadapan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tuan Mohd. Saripudin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memulihkan semula tanah pertanian yang tidak lagi digunakan sebelum ini.

Katanya, pembangunan semula kawasan pertanian itu akan disusuli dengan pengunaan teknologi pertanian moden, mewujudkan sistem berkelompok dan estet padi yang banyak membantu mengimbangi hasil pengeluaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya