Perlis hasilkan 1,250 tan benih padi sendiri

Perlis hasilkan 1,250 tan benih padi sendiri

PERLIS dijangka menghasilkan sebanyak 1,250 tan metrik atau 62,500 beg bekalan benih padi sendiri sekali gus membantu menampung keperluan lebih 32 peratus bekalan di negeri ini. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Masalah bekalan benih padi yang se­ring membelenggu pesawah dijangka diatasi menjelang tahun depan apabila Perlis bakal menghasilkan 1,250 tan metrik atau 62,500 beg bekalan benih sendiri sekali gus membantu menampung keperluan lebih 32 peratus bekalan di negeri ini.

Keperluan benih di Perlis sebanyak 3,803 tan metrik atau 190,162 beg membabitkan keluasan 27,166 hektar kawasan tanaman padi di dalam dan luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Hal demikian selepas Perlis mewujudkan ladang benih padi sendiri di kawasan seluas 500 hektar melibatkan penglibatan 10 buah kampung yang akan dilaksanakan secara berperingkat sekali gus bakal membantu mengatasi masalah bekalan benih.

Pada peringkat permulaan, ladang benih berkenaan telah dilaksanakan di Kampung Semadong di sini melibatkan kawasan seluas 50 hektar dengan pembabitan 42 peserta sekali gus mampu menghasilkan 125 tan metrik benih musim ini.

Projek perintis tersebut dilaksanakan Ketua Unit Kampung Semadong dengan kerjasama Jabatan Pertanian negeri, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Razali Saad berkata, ladang benih tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat di kawasan lain de­ngan perintis di Kampung Semadong berkeluasan 50 hektar.

Selain di Semadong katanya, ladang benih tersebut akan dilaksanakan di Padang Siding, Mata Ayer, Bintong, Paya dan beberapa lagi kawasan lain.

“Kewujudan ladang benih ini secara tidak langsung akan membantu mengurangkan mas­alah kekurangan bekalan benih yang sering kali membelengu pesawah pada setiap tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kata Razali, kelaziman, pada musim kedua penanaman padi akan berlaku masalah kekura­ngan bekalan benih padi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya