Perhilitan pasang pagar elektrik halau gajah

Perhilitan pasang pagar elektrik halau gajah

AZMI Kasim (kiri) menunjukkan pagar elektrik mudah alih yang dipasang dari Kampung Bukit Munduk sehingga ke Kampung Alor Lik, Setiu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Penduduk di Kampung Bukit Munduk dan Kampung Alor Lik menarik nafas lega setelah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memasang Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) bagi menangani pencerobohan gajah liar di kampung tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Munduk, Azmi Kasim berkata, pemasangan pagar elektrik yang bernilai RM170,000 itu adalah langkah efektif untuk mengelakkan gajah liar dan menceroboh kampung dan kawasan pertanian.

“Pagar elektrik mudah alih itu dipasang sejauh empat kilometer di kawasan sempadan Ladang TDM dari Kampung Bukit Munduk sehingga ke Kampung Alor Lik di sini yang sering diceroboh gajah.

“Alhamdulillah, inisiatif ter­sebut secara langsung dapat mengelakkan serangan haiwan liar itu dan pekebun mahupun penduduk tidak lagi risau akan ancaman gajah yang sebelum ini sering memasuki kampung sehingga ke kawasan penempatan penduduk,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Munduk, Setiu di sini, semalam.

Seorang pekebun, Ahmad Mat Amin, 68, mereka tidak perlu lagi menanggung kerugian kerosakan tanaman dengan pemasangam pagar elektrik berkenaan dan tidak lagi bimbang ke kebun.

Ujarnya, sejak serangan gajah dari tahun lepas, dia telah mengalami kerugian lebih RM10,000 dalam tempoh kurang setahun.

“Terima kasih kepada pihak Perhilitan kerana membantu pekebun kecil seperti kami dalam menangani isu seperti ini yang telah berlarutan sejak tahun lalu,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Alor Lik Nor Fatah Mamat berkata, pekebun kini boleh kembali menjalankan aktiviti penanaman semula kelapa sawit yang tergendala sebelum ini.

Katanya, kebanyakan pekebun yang terjejas dengan kehadiran kumpulan gajah sebelum ini mengambil inisiatif tidak melakukan penanaman semula anak sawit kerana tidak mahu menanggung risiko kerosakan yang sering berlaku.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pemasangan pagar elektrik mudah alih itu telah dilaksanakan pada minggu lalu oleh pihaknya.

“Pengurusan SPEG selepas diserahkan kepada komuniti setempat untuk diuruskan dan dipantau pihak Perhilitan, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya