Perhilitan Kelantan siasat harimau yang ditangkap di Jeli

Perhilitan Kelantan siasat harimau yang ditangkap di Jeli

HARIMAU membaham seorang lelaki warganegara Myanmar dalam kejadian di Ladang Cili Thek Him Vegetables Resources Batu 18 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Jeli itu berjaya ditangkap dalam tempoh 33 jam selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang semalam.-IHSAN PERHILITAN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada harimau belang sama yang membaham dua lelaki sehingga maut dalam dua kejadian berasingan di Gerik Perak dan Jeli semalam.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata, harimau jantan yang dipercayai membaham seorang lelaki warganegara Myanmar dalam kejadian di Ladang Cili Thek Him Vegetables Resources Batu 18 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Jeli itu berjaya ditangkap dalam tempoh 33 jam selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang semalam.

“Bagaimanapun, harimau berusia antara lapan hingga sepuluh tahun itu memasuki perangkap yang telah pasang Perhiltan Kelantan di Hentian Damai, di sini hari ini.

“Terdahulu Perhilitan Kelantan bersama Perhilitan Gerik, Perak telah bertindak memasang dua buah perangkap di lokasi kejadian semalam sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati harimau belang itu berada dalam keadaan sihat.

Katanya, harimau itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut.

Mohamad Hafid berkata, penangkapan harimau belang itu diharap dapat meredakan kegusaran pekerja-pekerja ladang.

Katanya, bagaimanapun pekerja-pekerja ladang diingatkan supaya berjaga-jaga dan keluar ke ladang secara berkumpulan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemandu jentera berat, Adnan Ismail, 54, maut selepas diserang harimau di luar rumah kongsinya di Bagan Balak, Kilometer 79.2, JRTB Gerik-Jeli kelmarin.

Mayat lelaki itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi dengan kesan kecederaan parah di leher dan kaki kiri.

Sementara itu, seorang lelaki warga Myanmar menjadi mangsa kedua apabila dia ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dengan paha kiri terputus selepas dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Jeli-Gerik hari ini.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu dijumpai di dalam kawasan hutan kira-kira pukul 9.15 pagi selepas rakannya terdengar bunyi harimau mengaum berdekatan ladang berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya