Perbicaraan kes warga Israel bermula Januari 2025

Perbicaraan kes warga Israel bermula Januari 2025

Warga Israel, Avitan Shalom ketika tiba bagi sebutan kes berhubung pertuduhan memperdagangkan senjata api di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini semalam. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan tarikh pembicaraan baharu bermula pada tahun hadapan bagi sebutan semula kes perbicaraan warga Israel Avitan Shalom berkaitan senjata api dan peluru, tujuh bulan lalu.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh bicara akan berlangsung selama 12 hari pada Januari tahun hadapan iaitu 6 hingga 9; 13 hingga 16 dan 20 hingga 23 Januari 2025.

Sebelum ini, tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan ialah 30 September, 1 hingga 3 Oktober yang kemudian bersambung pada 7 hingga 11 Oktober, namun kesemua tarikh itu dilapangkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P.Kunyalam memaklumkan kepada mah­kamah seramai 30 orang saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Pihak pendakwaan memohon supaya kes hari ini (semalam) dijadikan sebagai sebutan kes untuk menjadual semula tarikh-tarikh perbicaraan,” kata Mustaffa.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd dengan 150 butir peluru dan 42 peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen.

Bagi pertuduhan pindaan ke­dua, Avitan didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19 (Nombor Siri AEGS286); Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463); Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496); Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090); M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri T6429-08-A029304).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya