Perbarisan tempur statik, demonstrasi dinamik pukau penonton - Utusan Malaysia

Perbarisan tempur statik, demonstrasi dinamik pukau penonton

MOHAMMAD Ab. Rahman (tengah) bersama barisan kepemimpinan ATM bergambar pada Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting, di sini menampilkan aksi seramai 134 orang pegawai dan 1,395 orang anggota tentera lain-lain pangkat menerusi perbarisan tempur statik dan demonstrasi dinamik.

Berlangsung di Padang Kawad Akademi Tentera Darat di kem berkenaan, persembahan penuh aksi adrenalin itu berjaya memukau penonton yang hadir.

Demonstrasi dinamik menjadi permulaan acara menerusi pertunjukan keupayaan aset serta kompetensi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga fasa.

Fasa berkenaan membabitkan keupayaan aset ATM dan kompentensi anggota, operasi maritim, operasi serangan amfibi dan operasi daratan serta fasa ketiga dalam peperangan konvensional operasi amfibi.

Sebanyak 264 aset dipamerkan kehebatannya dalam demostrasi kali ini iaitu TDM menerusi asetnya iaitu kereta kebal Pendekar, kereta perisai Gempita dan kereta perisai Adnan manakala TLDM menerusi aset-asetnya seperti KD Laksamana Muhammad Amin, KD Mahamiru, KD Mahawangsa, KD Pahang, KD Gagah Samudera, RHIB Paskal, Bot FIC, Bot CB90 dan Super Lynx.

Bagi aset TUDM pula, antara 19 aset yang diperlihat kehebatannya ialah pesawat pengangkut C130-H pesawat pengangkut A400M, pesawat pejuang SU 30 MKM dan pesawat pejuang Hawk/F-18 Hornet.

Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, sambutan tahun ini membawa tema iaiti Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara.

Menurut beliau, tema berkenaan mencerminkan kepentingan setiap warga ATM untuk terus meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan demi mememastikan keupayaan menghadapi pelbagai ancaman serta cabaran masa kini dan masa hadapan.

“Ingin saya maklumkan bahawa pelaksanaan Gerak Tindak Reformasi Angkatan 30 sedang berjalan dengan lancar. Tumpuan seterusnya adalah pada fasa reka bentuk Angkatan yang telah bermula sejak Januari lalu sehingga Disember tahun hadapan.

“Fasa ini memberi fokus kepada penyediaan gerak kerja Rancangan Malaysia ke-13, dengan penekanan ciri-ciri angkatan masa hadapan seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan dan Strategi Ketenteraan Negara 2.0,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya