Perbalahan Akmal-Teresa punca Cina kurang mengundi - Chin Tong - Utusan Malaysia

Perbalahan Akmal-Teresa punca Cina kurang mengundi – Chin Tong

LIEW CHIN TONG (kiri) bersama-sama Syed Hussein Syed Abdullah ketika membantu calon BN itu berkempen dalam PRK DUN Mahkota, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perbalahan antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tentang isu sijil halall adalah salah satu faktor pengundi Cina tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu lalu.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, perbalahan tentang isu sensitif itu menyebabkan pengundi Cina di kawasan itu marah dan kecewa sehingga tidak keluar mengundi.

Katanya, faktor lain yang menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah ialah kebanyakan pengundi muda Kluang bekerja di luar daerah, terutamanya di Singapura dan Kuala Lumpur serta ramai juga pengundi muda yang masih tidak menyedari tentang pendaftaran secara automatik  apabila mencapai usia 18 tahun.. 

“Gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, awal-awal lagi sudah sedar tentang kemungkinan kurangnya peratusan keluar mengundi.

“Anggaran awal adalah pengundi Cina tidak akan keluar mengundi atas beberapa faktor, termasuk marah dan kecewa dengan perbalahan antara Ketua Pemuda UMNO dan Teresa Kok.  Namun, pihak kami tetap yakin bahawa kempen yang menyeluruh akan dapat memujuk pengundi Cina yang disasarkan mencapai 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Institut Darul Ehsan (IDE) dilaporkan menganggarkan kadar peratusan keluar mengundi mengikut kaum pada PRK DUN Mahkota ialah pengundi Melayu sebanyak 61 peratus, Cina (49%) dan India (48%).

Dalam pada itu, Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, sepanjang kempen, PH berjaya meyakinkan ramai pengundi untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.

Pihaknya meyakinkan orang awam bahawa satu undi untuk Syed Hussein adalah undi  bagi kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, yang paling penting, Syed Hussien telah menang di semua 121 saluran mengundi di 20 pusat daerah mengundi (PDM) bagi DUN PRK Mahkota. 

“Lapan daripadanya merupakan PDM  yang dimenangi dengan cemerlang oleh PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, mereka telah memindahkan undian mereka kepada BN pada Sabtu lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya