Peralihan Monsun Timur Laut bermula November

Peralihan Monsun Timur Laut bermula November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negara dijangka mengalami fenomena peralihan Monsun Timur Laut (MTL) bermula awal November ini dan berterusan sehingga Mac tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Ambun Dindang berkata, antara lima hingga tujuh episod hujan lebat akan melanda beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Katanya, taburan hujan sepanjang tempoh MTL diramalkan berada pada paras purata, dengan sedikit peningkatan di utara Semenanjung pada November dan Disember hadapan serta di utara dan timur Sabah bermula Disember hingga Februari 2025.

“Hujan lebat berterusan yang disebabkan oleh luruan monsun ini berpotensi menyebabkan banjir terutamanya di Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

“Sekiranya luruan monsun kuat atau sistem cuaca tekanan rendah di rantau ini, hujan monsun boleh menjadi lebih menyeluruh dan episod hujan lebat mungkin berlangsung lebih lama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, MET Malaysia melaporkan, fasa peralihan monsun bermula pada 24 September dan dijangka berterusan sehingga awal November.

Mengulas lanjut, Ambun Dindang berkata, risiko banjir akan meningkat sekiranya hujan lebat monsun berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar.

Katanya, ia boleh memberi kesan yang lebih serius kepada kawasan berisiko tinggi.

Sementara itu, Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Fredolin Tangang berkata, intensiti hujan lebat di Pantai Timur boleh menjadi lebih kuat jika luruan sejuk dipengaruhi oleh fenomena Ayunan Madden-Julian yang aktif dan Pusaran Borneo yang berhampiran.

Katanya, walaupun negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak biasanya terlibat semasa MTL, negeri-negeri di Pantai Barat juga boleh terjejas seperti banjir besar di Selangor dan Kuala Lumpur pada 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya