Penyeludup lari tinggalkan lembu RM130,000 di tebing Sungai Golok

Penyeludup lari tinggalkan lembu RM130,000 di tebing Sungai Golok

SEBAHAGIAN lembu yang dirampas anggota TDM dalam serbuan di tebing Sungai Golok, Tanah Merah, Kelantan semalam.-IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Dua penyeludup tidak sempat mengaut keuntungan hasil jualan sebanyak 26 ekor lembu bernilai RM130,000 selepas diserbu anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di tebing Sungai Golok, di sini semalam.

Serbuan pukul 1.15 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota TDM itu dilakukan menerusi rondaan rutin di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di sini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan dua lelaki sedang membawa masuk lembu dari Thailand secara tidak sah menggunakan pangkalan haram dengan merentasi Sungai Golok.

Menurutnya, sejurus menyedari kehadiran anggota bertugas kedua-dua suspek terus bertindakn melarikan diri ke negara jiran.

“Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 26 ekor lembu bernilai RM130,000 yang telah ditinggalkan oleh penyeludup berkenaan.

“Susulan itu, satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan telah dibuat di Balai Polis Nibong di sini untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua lembu-lembu tersebut diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Katanya, TDM akan terus komited dalam menjamin keselamatan sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya