Penyeludup lari tinggalkan kotak berisi ular, cicak dan kura-kura

Penyeludup lari tinggalkan kotak berisi ular, cicak dan kura-kura

SEBAHAGIAN ular yang dirampas PGA dalam serbuan di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sekumpulan lelaki yang dipercayai penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan kotak-kotak berisi haiwan reptilia iaitu ular, cicak dan kura-kura selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Serbuan pukul 6.30 pagi yang dilalukan oleh Batalion 9 PGA menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan itu membabitkan rampasan berjumlah RM302,500.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota PGA kumpulan penyeludup itu terus bertindak melarikan diri.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi membawa kepada penemuan lebih 70 ekor pelbagai jenis ular, lima ekor cicak jenis Spiny Tailer Monitor dan sembilan ekor kura-kura.

“Kesemua haiwan reptilia itu dipercayai diseludup dari Thailand dan untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Kesemua rampasan itu diserahkan kepada kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 60(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya