Penyasaran subsidi pendidikan jimat `kantung' negara

Penyasaran subsidi pendidikan jimat `kantung’ negara

Penyasaran subsidi pendidikan adil untuk menjimatkan `kantung' negara. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurangan subsidi pendidikan untuk anak golongan kaya langkah strategik mampu meringankan beban kewangan negara dengan lebihan yang ‘diselamatkan’ itu boleh disalurkan kepada kumpulan lebih layak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, yuran pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sangat rendah kerana menerima subsidi kerajaan.

Menurut beliau, mana-mana pelajar yang berada di IPTA ketika ini membayar yuran sama tanpa mengambil kira anak-anak orang kaya mahupun anak kepada kumpulan kurang mampu.

“Terdapat beberapa aspek yang perlu ditimbangkan iaitu, yang pertama adalah cara penetapan kategori ‘pendapatan tinggi’ itu harus ditentukan dengan jelas.

“Selain itu, perlu juga diteliti data terkini mengenai jumlah anak-anak dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi yang sedang menuntut di IPTA,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan kadar baharu yuran pendidikan untuk anak golongan kaya bagi sesi pengajian tahun depan.

PENYASARAN SUBSIDI PETROL

Sementara iitu, mengenai mekanisme penyasaran subsidi petrol, kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan e-dompet atau e-wallet sebagai mekanisme baharu dalam penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

Langkah ini dilihat le­bih mampu mengurangkan risiko penyalahgunaan serta menyediakan fleksibiliti besar kepada rakyat untuk mengakses subsidi melalui platform digital yang mesra pengguna.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, penggunaan e-wallet bukan sahaja sejajar dengan perkembangan era digital tetapi mampu memastikan subsidi disalurkan dengan lebih cekap.

Menurut beliau, kerajaan boleh menggunakan pangkalan data seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerima subsidi.

“Dengan gabungan mak­lumat pendapatan dan status kewangan, penyasaran subsidi akan menjadi lebih tepat, berbanding pendekatan umum menggunakan MyKad.

“Ini penting bagi me­mastikan kerajaan menghalang golongan kaya dan warga asing daripada terus menikmati subsidi ini selain mencegah aktiviti penyeludupan ke negara jiran,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya