Penyaman udara meletup, tiga cedera ringan

Penyaman udara meletup, tiga cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki cedera ringan apabila berlaku letupan kecil dipercayai berpunca daripada kerja pengisian gas penyaman udara di Plaza GM, Lorong Haji Taib di sini, hari ini. 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melibatkan letupan di dalam premis pada 3.20 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Penguatkuasa Bomba Kanan II,  Mohd. Azrul Mat Zenan, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati letupan berpunca daripada kerja pengisian gas penyaman udara.

“Letupan juga telah mengakibatkan tiga lelaki cedera ringan serta terdapat runtuhan siling premis di tingkat tujuh. 

“Mangsa diserahkan kepada pihak pegawai perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, tiada sebarang kebakaran berlaku dan operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN