Penyakit mental bukan alasan terlepas proses undang-undang

Penyakit mental bukan alasan terlepas proses undang-undang

KEADAAN mayat salah seorang daripada tiga pelajar UiTM Kampus Dungun yang maut dirempuh sebuah Honda CRV dalam kemalangan di hadapan kampus itu di Kampung Sura Hujung, Dungun Khamis lalu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masalah pe­nyakit mental bukan alasan bagi mana-mana individu yang terbabit dalam kesalahan jenayah untuk terlepas daripada berhadapan pendakwaan mahkamah dan hukuman.

Ini kerana mereka perlu melalui proses undang-undang seperti termaktub dalam Kanun Prosedur Jenayah yang menggariskan beberapa kaedah yang perlu dipenuhi untuk memastikan pesalah benar-benar waras atau sebaliknya ketika melakukan kesalahan.

Malah pesakit mental boleh dikenakan hukuman jika mereka didapati waras sewaktu terlibat jenayah sekali gus menepis persepsi sesetengah pihak mengatakan manusia tidak sempurna akal akan terlepas daripada dihakimi oleh mahkamah.

Memperinci perkara itu, peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Seksyen 342 hingga 344 Kanun Prosedur Jenayah telah menerangkan beberapa proses kena dilalui jika pesalah disyaki mengalami masalah mental, antaranya perlu ditahan di hospital sakit jiwa untuk tempoh tertentu.

Katanya, malah mahkamah terlebih dahulu perlu menyiasat sama ada pesalah disahkan me­ngalami penyakit mental dengan mendapatkan perakuan bertulis pegawai perubatan atau menghantar mereka ke hospital sakit jiwa untuk memastikan individu itu benar-benar tidak sempurna akal atau sebaliknya.

“Jika majistret atau hakim berpuas hati bahawa tertuduh tidak berupaya membela diri, maka boleh ditangguhkan perbicaraan dan menahannya di mana-mana hospital sakit jiwa dalam sesuatu tempoh ditetapkan.

“Bagaimanapun selepas tempoh itu, jika pengarah hospital berkenaan memperakui tertuduh waras akal dan boleh membela diri, maka majistret atau hakim hendaklah meneruskan perbicaraan.

“Sebaliknya jika tertuduh diakui tidak sempurna akal, maka perbicaraan hendaklah ditangguhkan. Namun ia tidak bermakna pesalah boleh bebas, sebaliknya majistret atau hakim hendak melaporkan kes itu kepada raja negeri dibicarakan dan raja boleh memerintahkan tertuduh dikurung di hospital sakit jiwa terutamanya membabitkan kesalahan tidak boleh jamin seperti bunuh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, negara dikejutkan beberapa kejadian jenayah yang membabitkan pelaku pesakit mental yang didakwa membunuh termasuk ahli keluarganya sendiri sehingga mencetuskan persoalan undang-undang dalam kalangan masyarakat.

Terbaharu, seorang suri rumah dipercayai mengalami kecelaruan mental didakwa merempuh dua motosikal sehingga meragut nyawa tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Rabu lalu.

Perkara itu menyebabkan orang ramai berpandangan masalah mental menjadi alasan untuk mana-mana suspek dan tertuduh melepaskan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang. _ Utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya