Penunggang ‘motosikal jalan sendiri’ selamat, hanya cedera ringan - Utusan Malaysia

Penunggang ‘motosikal jalan sendiri’ selamat, hanya cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan yang rakamannya tular sejak semalam selamat dan hanya mengalami kecederaan.

Menerusi rakaman berdurasi 39 saat yang tular dalam laman sosial itu, mangsa dapat dikesan dan mengalami kecederaan di tangan dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pada mulanya, satu rakaman memaparkan sebuah motosikal jenis Modenas GT 128 telah berjalan tanpa penunggang di lebuh raya berkenaan dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kira-kira pukul 10.07 malam tadi.

Kata beliau, rakaman berkenaan telah dimuat naik di aplikasi X oleh pemilik akaun Syazwan Zanini.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di lorong motosikal Lebuh Raya Persekutuan menghala Shah Alam telah menyebabkan mangsa berkenaan terjatuh dari motosikal ditunggangnya.

“Sebelum motosikal berkenaan masuk ke laluan utama dilokasi kemalangan dan terakam dalam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang melalui laluan berkenaan,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial dan melalui rakaman dashcam miliknya berjaya mengesan mangsa.

“Mangsa akan hadir membuat laporan polis pada hari ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shahrulnizam mengingatkan serta memohon semua pengguna mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Kata beliau, pihak polis tidak berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya.

“Tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya