Pentas Seni Johor mampu jadi tarikan pelancong - Utusan Malaysia

Pentas Seni Johor mampu jadi tarikan pelancong

K. RAVEN KUMAR menekan butang sebagai gimik pelancaran Pentas Seni Johor sambil disaksikan oleh Rozaini Mohd Sani (dua dari kiri) di B5 Johor Street Market di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pentas Seni Johor yang menjadi platform mengetengahkan kesenian, kebudayaan dan warisan negeri ini mampu menjadi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026.

Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd. Sani berkata, antara aktiviti yang dijayakan di Pentas Seni Johor ialah pertunjukan muzik tradisional, pameran seni visual dan persembahan budaya pelbagai kaum serta bengkel kreatif, khususnya untuk golongan muda.

“Harapan kami di Yayasan JCorp adalah untuk menjadikan Pentas Seni Johor sebagai satu jenama yang bukan sahaja dikenali di Johor dan Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa.

“Insya-Allah, pada Tahun Melawat Johor 2026, ia akan membantu menarik ramai pelancong domestik dan luar negara ke Johor,” katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pentas Seni Johor di B5 Johor Street Market yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar, malam tadi.

Rozaini berkata, kedudukan Pentas Seni Johor di lokasi yang strategik akan merealisasikan hasrat Yayasan JCorp untuk memperkasakan  salah satu bidang utama yayasan berkenaan.

“Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan Pentas Seni Johor di B5 Johor Street Market di tengah-tengah bandar raya ini untuk memeriahkan lagi aktiviti seni, sekali gus menjadikan Johor Bahru sebagai bandar yang penuh dengan budaya dan warisan,” katanya.

Katanya, penganjuran Pentas Seni Johor juga untuk membantu pelbagai golongan komuniti, selari dengan misi Johor Corporation, iaitu membina dan membela.

“Inisiatif ini merupakan usaha Yayasan JCorp untuk mendekati komuniti seni tempatan dan menyediakan platform untuk mereka menonjolkan bakat seni masing-masing, seterusnya menjana pendapatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya