GUA MUSANG: Penduduk di hulu Kelantan mendakwa hilang punca pendapatan selepas tidak dapat bekerja sepenuh masa berikutan bimbang diserang haiwan liar seperti gajah dan harimau belang. Penduduk Kampung Meranto, Mohd. Romi Salleh, 43, berkata, menambahkan lagi kebimbangan apabila kesan tapak kaki haiwan karnivor itu kerap dilihat beberapa kali termasuk di Jalan Gua Musang-Jeli. Menurutnya, situasi itu menyebabkan kebun penduduk dinaiki semak samun selepas mereka tidak dapat melakukan rutin seperti menebas. “Sebelum ini saya buat kerja di kebun secara berseorangan tetapi sekarang terpaksa mengupah pekerja luar untuk mengambil hasil getah yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya