Penjara di seluruh negara sudah terlalu padat - Utusan Malaysia

Penjara di seluruh negara sudah terlalu padat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian Dasar Sosial Negara 2030 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penjara di negara ini semakin sesak apabila seramai 87,000 banduan direkodkan berada di dalam tahanan bagi pelbagai kesalahan dan jenayah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kadar muatan maksimum penjara di seluruh negara adalah seramai 74,000 tahanan.

Katanya, berdasarkan angka terkini, jelas menunjukkan kapasiti penjara sudah melebihi 13,000 banduan.

“Insya Allah kita akan membantu Jabatan Penjara Malaysia menyelesaikan masalah-masalah ini dengan beberapa pendekatan proaktif yang sudah dibentangkan di dalam mesyuarat sebentar tadi,” katanya semasa menyampaikan ucapan Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Turut hadir sama adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Selain itu, turut hadir sama adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, penyelesaian masalah sosial yang dicadang akan melangkaui pelbagai masalah lain.

“Seperti pengurusan banduan rentan, jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian, dasar perbankan buat Orang Kurang Upaya (OKU) dan pengurusan pelarian dalam negara.

“Selain itu, masalah keciciran pelajar dan murid-murid sekolah menengah yang semakin merisaukan,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan rakyat terhindar dari pelbagai permasalahan sosial.

“Sambil memastikan rakyat menikmati peluang yang menjamin kehidupan bermaruah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya