Penjaga lembu dipenjara tiga tahun rogol teman wanita - Utusan Malaysia

Penjaga lembu dipenjara tiga tahun rogol teman wanita

AMRAN Yap diringi anggota polis ketika tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban hari ini. - UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penjaga lembu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mendapatinya bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Amran Yap, 24, selepas tiga pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman ke atas kesemua pertuduhan terbabit berjalan serentak dan berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu 17 Oktober 2024.

“Setelah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh di peringkat awal dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dan juga tertuduh mengenali mangsa serta merupakan pesalah pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas tertuduh dari tarikh tangkapan,”kata Surita.

Sementara, tertuduh yang tidak diwakil peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman paling minimum selain memaklumkan menanggung keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana percaya kepentingan mangsa lebih penting daripada tertuduh dan mengambil kira juga kekerapan kes seksual ke atas kanak-kanak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang kanak-kanak perempuan yang pada waktu ketika itu berusia 14 tahun sebulan pada 14 dan 15 Oktober lalu.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pondok beralamat Kampung Jeram Kedah Ulu Beranang, Lenggeng antara pukul 7 petang, hingga 10 pagi.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Sementara itu, berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah ke rumah suspek iaitu tertuduh dengan alasan suspek mahu membawa mangsa berjumpa ibunya, namun ibunya tiada di rumah sebelum mangsa dirogol sebanyak tiga kali.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya