Penjaga lembu dipenjara tiga tahun perkosa teman wanita

Penjaga lembu dipenjara tiga tahun perkosa teman wanita

AMRAN Yap diringi anggota polis ketika tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban hari ini. - UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penjaga lembu dipenjara tiga tahun selepas Mahkamah Sesyen Seremban semalam mendapatinya bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Amran Yap, 24, selepas tiga pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman bagi kesemua pertuduhan terbabit berjalan serentak dan berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu 17 Oktober 2024.

“Setelah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh di peringkat awal dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dan juga tertuduh mengenali mangsa serta merupakan pesalah pertama, mahkamah mengenakanhukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh dari tarikh tangkapan,” kata Surita.

Tertuduh yang tidak diwakil peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman paling minimum selain memaklumkan menanggung keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balqis Zunaidi memohon mahkamah memberi hukuman setimpal kerana percaya kepentingan mangsa lebih penting daripada tertuduh dan mengambil kira juga kekerapan kes seksual terhadap kanak-kanak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh merogol seorang kanak-kanak perempuan yang pada waktu ketika itu berusia 14 tahun sebulan pada 14 dan 15 Oktober lalu di sebuah pondok beralamat Kampung Jeram Kedah Ulu Beranang, Lenggeng antara pukul 7 petang, hingga 10 pagi.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya