Peniaga terkejut jualan rokok, vape tidak bole dipamerkan mulai hari ini

Peniaga terkejut jualan rokok, vape tidak bole dipamerkan mulai hari ini

SEORANG peniaga menunjukkan pelbagai barangan vape yang terdapat di kedainya di Taman Tuanku Haminah, Sungai Petani semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Rata-rata peniaga rokok dan vape atau e-rokok terkejut dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan hari ini.

Tinjauan mendapati, rokok dan cecair vape serta perantinya masih dipamer di kedai seperti biasa sedangkan tarikh penguatkuasaan akta itu tidak sampai 24 jam sahaja lagi.

Seorang peniaga kedai runcit, Mohamad Salehhudin Mohd. Ayob, 52, berkata, dia masih menjual rokok seperti biasa dengan mempamerkannya di kaunter bayaran.

“Saya tidak tahu tentang penguatkuasaannya yang akan bermula esok (hari ini) kerana belum menerima sebarang maklumat daripada mana-mana pihak termasuk pembekal rokok.

“Tetapi jika betul akta itu akan dikuatkuasakan esok (hari ini), saya tiada masalah untuk menurunkan rak pameran itu dan buat seperti yang diarahkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi peniaga, Shukur Ahmad, 47, berkata, dia tidak kisah jika produk rokok tidak boleh dipamerkan kerana mempunyai pelanggan tetap.

“Jika tidak dipamerkan pun tidak apa asalkan boleh dijual. Kita akan cari maklumat lanjut di media sosial seperti Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ‘menyembunyikan’ rokok ini,” katanya.

Seorang peniaga vape di Taman Tuanku Haminah yang hanya mahu dikenali sebagai Adam berkata, dia juga belum menerima maklumat tentang penguatkuasaan Akta 852.

“Jika memperolehnya saya akan mengikuti apa yang dia­rahkan seperti memasang cermin gelap dan sebagainya asalkan kami dibenarkan berniaga seperti biasa.

“Sebelum ini kami tidak jual cecair atau peranti vape kepada remaja dan jika sekadar memasang cermin gelap kami akan boleh ikuti arahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya