PETALING JAYA: Tindakan peniaga roti canai yang dipercayai menggunakan air longkang untuk membasuh kuali di premis perniagaannya mencetuskan kemarahan dan kebimbangan pengguna terhadap tahap kebersihan kedai makan tersebut.
Dalam video yang tular menerusi platform media sosial tersebut, seorang seorang lelaki berbaju merah dipercayai pekerja di premis perniagaan tersebut mencuci kuali di longkang bersebelahan gerainya menggunakan air longkang.
Dalam video berdurasi 24 saat itu, lelaki itu kemudiannya kelihatan takut selepas tindakannya ditegur dan dirakam orang awam.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh mengenai lokasi kejadian dan sebagainya.
Pada masa sama, pemilik akaun TikTok yang mula-mula memuatnaik video tersebut juga sudah menurunkan klip berkenaan.
Beberapa individu yang mengulang siar video tersebut di Facebook menggesa pihak berwajib mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan kerana bimbang tahap kebersihan di premis itu.
Pengguna Facebook, Lin ButterLynn berkata, menyifatkan perkara itu sebagai amat pengotor dan menjijikkan.
Pada masa sama, menyindir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak mengambil tindakan terhadap premis tersebut.
Dak Z Zerofour berkata, ‘orang Malaysia sudah diajar adab dan kebersihan sejak kecil. Ini datang dari mana?’