Peniaga di sempadan Malaysia-Thailand digalak guna urusniaga tanpa tunai

Peniaga di sempadan Malaysia-Thailand digalak guna urusniaga tanpa tunai

AZMAN Ismail (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik ReDI Sempadan pada majlis makan malam di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggalakan peniaga di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menggunakan urus niaga tanpa tunai bermula bulan ini.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Sempadan itu melibatkan tiga pintu masuk utama di negeri ini iaitu Bukit Bunga di Tanah Merah, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor, Tumpat.

Menurutnya, pelaksanaan ReDI Sempadan ini mendapat kerjasama kukuh daripada Ibu Pejabat KPDN dan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) serta Majlis Daerah Tumpat (MDT).

“Program ReDI Sempadan bertujuan meningkatkan ekonomi di kawasan sempadan melalui naik taraf transaksi tanpa tunai menerusi platform DuitNow QR.

“Kita menyasarkan kumpulan pelancong di kawasan sempadan Malaysia-Thailand akan menggunakan platform ini. Saya harap selepas ini lebih ramai lagi peniaga di kawasan sempadan berdaftar dengan e-wallet ReDI,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam disini malam tadi.

Azman memberitahu, setakat ini seramai 171 peniaga telah mendaftar ReDI Sempadan.

Katanya, pada masa sama KPDN bersama pihak PayNet di Sungai Golok, Thailand turut mengadakan sesi ‘Technology Farmiliaristation’.

“Hal ini bertujuan melihat kaedah pembayaran tanpa tunai secara  ‘unbound’ dan ‘inbound’ terutama di Pasar Malam Golok,” ujarnya..-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya