Pengkelasan T15 berdasarkan lokasi tempat tinggal

Pengelasan T15 berdasarkan lokasi tempat tinggal

RAFIZI Ramli menerima cenderamata daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada Sesi Libat Urus RMK13 di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/HADI AB. MANAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengelasan rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali sebagai T15 akan ditentukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih atau net disposable income dan lokasi tempat tinggal mereka.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penentuan kadar pendapatan boleh belanja bersih tidak boleh diselaraskan secara ‘pukul rata’ tanpa mengambil kira perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) mengikut sesebuah tempat.

Jelasnya, dianggarkan terdapat kira-kira 10 juta isi rumah yang perlu dinilai berdasarkan pelbagai platform pangkalan data seperti Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Ia tidak akan jadi satu garis untuk satu negara sebab perbelanjaan itu dia berbeza-beza kos sara hidup, berbeza-beza ikut kawasan.

“Jadi mungkin di sesuatu kawasan kalau sudah lebih RM10,000 pendapatan isi rumah, bila sudah dilihat semua dengan pendapatan boleh belanja bersih. Tapi sebab di kawasan itu RM10,000, itu memang sudah T10.

“Sebab di kawasan itu memang kos sara hidup rendah dan sebagainya. Tapi kalau di kawasan lain di Kuala Lumpur, RM10,000 tidaklah, dia tidak masuk dalam T15,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Banda Hilir di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan belum memuktamadkan jumlah tangga pendapatan bagi mengklasifikasi rakyat T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegas demikian bagi menafikan anggapan pihak yang mentakrifkan T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi adalah isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas.

Tambah Rafizi, pihaknya dijangka membentangkan dapatan berhubung pengkelasan T15 kepada Kabinet dalam tempoh sebulan.

“Beri kami dalam satu bulan ini untuk melalui segala proses dengan Kementerian Kewangan. Dengan tengok kepada data yang sedia ada, dalam PADU, data-data yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya