Penghantar makanan tak mengaku sokong Daesh

Penghantar makanan tak mengaku sokong Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam bagi dua pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, 10 tahun lalu.

Tertuduh, Radin Romyullah Radin Imran, 34, didakwa memberi sokongan dengan cara berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor pada penghujung tahun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 40 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Di tempat yang sama, Radin Romyullah yang bekerja sebagai penghantar makanan turut didakwa memiliki satu ‘external hard disc’ jenama “WD-My Passport Ultra” yang mengandungi bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh dan perlakuan perbuatan kumpulan itu di antara 17 dan 19 Mei lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucuthakkan mana-mana bahan tersebut, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan berkata pihaknya akan memohon untuk Radin Romyullah dibicarakan bersama ibunya, Rosni Jantan yang sebelum ini dituduh bagi pertuduhan serupa.

“Pihak pendakwaan berhasrat menjalankan perbicaraan bersama dan permohonan rasmi akan dibuat. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon 12 November,” ujarnya.
Peguam bela, Arief Firdaus Ashikin yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan pendakwaan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya